Dalam menguasai bahagian ayat kefahaman dan hadis, ustazah suka sekiranya pelajar dapat memahami isi penting yang terkandung dalam ayat ataupun hadis. Sekiranya pelajar telah faham, maka mudahlah anak-anak pelajar menguasai seterusnya menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk. Di bawah ini, ustazah tunjukkan bagaimana untuk memahami isi penting. InshaAllah ustazah akan memberi nota bagi setiap tajuk ayat kefahaman dan hadis bagi tingkatan yang ustazah ajar.
Ini adalah tajuk pertama ayat kefahaman tingkatan 3. Ustazah akan meminta anak-anak pelajar ustazah menggunakan 'highlighter' untuk menanda isi penting ayat sebelum peta minda dibuat.
ISI PENTING AYAT
Kemas, tersusun, sistematik dan memudahkan anak-anak bukan?
Berdasarkan isi penting yang telah ditanda tadi, anak-anak akan mengembangkannya dengan menggunakan peta minda.
Peta Minda
Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat, idea, tugasan atau huraian yang padat.
Pengajaran Ayat
Dalam tajuk ayat kefahaman dan hadis, pengajaran ayat/hadis merupakan antara elemen penting yang turut perlu dikuasai. Ustazah akan menerangkan cara menulis pengajaran ayat yang tepat.
Teknik penulisan:
- Jawapan mesti dimulai dengan perkataan 'Kita hendaklah'
- Kemudian ditambah dengan pengajaran yang diambil daripada isi penting ayat tadi
- Akhir sekali, dikukuhkan dengan huraian kepada isi penting tadi (biasanya menggunakan kata hubung seperti 'supaya, agar, dengan, untuk..')
Contohnya pengajaran ayat bagi tajuk di atas:
- (Kita hendaklah) (memohon keampunan Allah) (supaya terhindar daripada kemurkaanNya)
Mudah bukan anak-anak?
Sebagai tugasan, cuba kalian tuliskan pengajaran ayat ini mengikut teknik yang ustazah terangkan tadi.
Semoga bermanfaat...


No comments:
Post a Comment