Tuesday, 9 February 2016

LATIHAN CUTI SEKOLAH TINGKATAN 3 (SOALAN KBAT)

SOALAN CUTI SEKOLAH TINGKATAN 3 (LATIHAN SOALAN KBAT)

  • Kebersihan jasmani dan rohani boleh membentuk insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.             

               Huraikan pernyataan di atas.


  • Rasulullah SAW adalah rasul ululazmi. Baginda sabar menghadapi pelbagai ujian dan cubaan seperti ancaman bunuh, leher baginda dijerut dengan serban dan dilontar dengan batu semasa berdakwah. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah anda boleh mengambil iktibar daripada kesabaran Rasulullah SAW dalam perjuangan menuntut ilmu?


  • Berdasarkan pemerhatian pada gambar di atas, terangkan hujah anda tentang kewujudan dan kebijaksanaan Allah SWT.

KUIZ BULANAN

Kuiz bulanan merupakan himpunan soalan yang pernah ustazah ajukan kepada anak-anak sewaktu bacaan Yasin dan tazkirah hari Jumaat setiap minggu. Berikut merupakan antara soalan tahun ini:


  • Apakah nama tanda huruf sin kecil dalam ayat ke 52 surah Yasiin ?
  • Nyatakan maksud tanda tersebut.
  • Berapakah ayat  dalam Surah Yasiin ?
  • Sila bacakan ayat ke 84 dalam Surah Yasiin.
  • Apakah hukum memberi salam ?
  • Apakah maksud 'Assalammualaikum' ?
  • Bagaimanakah sekiranya non-muslim memberi salam kepada kita ?
  • Perlukah seorang perempuan menjawab salam daripada seorang lelaki yang bukan mahram ?

Selamat mencuba!

Monday, 25 January 2016

AYAT KEFAHAMAN (I) TINGKATAN 3: "MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH"

Bismillahirrahmanirahim.

Dalam menguasai bahagian ayat kefahaman dan hadis, ustazah suka sekiranya pelajar dapat memahami isi penting yang terkandung dalam ayat ataupun hadis. Sekiranya pelajar telah faham, maka mudahlah anak-anak pelajar menguasai seterusnya menjawab soalan yang berkaitan dengan tajuk. Di bawah ini, ustazah tunjukkan bagaimana untuk memahami isi penting. InshaAllah ustazah akan memberi nota bagi setiap tajuk ayat kefahaman dan hadis bagi tingkatan yang ustazah ajar.

Ini adalah tajuk pertama ayat kefahaman tingkatan 3. Ustazah akan meminta anak-anak pelajar ustazah menggunakan 'highlighter' untuk menanda isi penting ayat sebelum peta minda dibuat.


ISI PENTING AYAT


Kemas, tersusun, sistematik dan memudahkan anak-anak bukan?

Berdasarkan isi penting yang telah ditanda tadi, anak-anak akan mengembangkannya dengan menggunakan peta minda.

Peta Minda
Peta minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumatidea, tugasan atau huraian yang padat.

Pengajaran Ayat
Dalam tajuk ayat kefahaman dan hadis, pengajaran ayat/hadis merupakan antara elemen penting yang turut perlu dikuasai. Ustazah akan menerangkan cara menulis pengajaran ayat yang tepat.
Teknik penulisan:

  1. Jawapan mesti dimulai dengan perkataan 'Kita hendaklah'
  2. Kemudian ditambah dengan pengajaran yang diambil daripada isi penting ayat tadi
  3. Akhir sekali, dikukuhkan dengan huraian kepada isi penting tadi (biasanya menggunakan kata hubung seperti 'supaya, agar, dengan, untuk..')

Contohnya pengajaran ayat bagi tajuk di atas:

  • (Kita hendaklah) (memohon keampunan Allah) (supaya terhindar daripada kemurkaanNya)
Mudah bukan anak-anak?
Sebagai tugasan, cuba kalian tuliskan pengajaran ayat ini mengikut teknik yang ustazah terangkan tadi.

Semoga bermanfaat...